Min Cha

Friday, 16 March 2018

Senior Sales Manager & Sales Manager Award 2018

Assalammualaikum
Selamat pagi happy weekend sahabat jutawan yana.


Alhamdulillah selesai penganugerahan Sales Manager semalam. Ya allah tak tahu nak cakap macam mana perasaan yana semalam. 1st naik stage ambik award dan 1st jugak yana sebagai usahawan diiktiraf. Terima kasih shom.

Setiap langkah bermula dengan langkah dan step pertama. Nak menitis air mata ni mentor kesayangan yana dah tunggu kat bawah stage. Allahhu. Sebak rasanya. Yana tak pernah alami situasi macam ni. Bagi kata kata pembakar semangat untuk capai lebih lagi.


Terima kasih jugak pada sahabat sahabat yana yang lain sudi datang bagi support kat yana. Terima kasih banyak banyak. Sayang korang ketat ketat. Yana belanja gambar masa majlis award ni ye. Majlis ni diadakan di IDCC Shah Alam. 







Lepas daftar yana dapat tentatif dan batch SM ni. Kertas hijau yang ade nama yana tu kena bagi pada urus setia.


atas stage dah ni. Tengah menunggu giliran nak ambik award.



Alhamdulillah hilang debaran di dada. 


Lepas turun stage mentor-mentor yana dah stanby tunggu dekat bawah. Allahu sebak rasanya. Turun stage je mentor bagi lagi kata-kata semangat untuk terus maju ke hadapan lagi. Ni baru step yang pertama. Banyak lagi step yang perlu yana harungi untuk terus lebih maju. Step by step. 


Mentor kesayangan yana. DDM Norharyani Mat Sidik.


Mama kami dalam bidang bisness. CDM Salleha Roslan.
Dia lah yang tak pernah jemu dan tak pernah putus bagi kami ilmu.




Dapat bunga dari kak yani. Fresh flower tau rosess.






Sebahagian rakan seperjuangan yang datang bagi support kat yana. Diaorang  ni semua usahawan hebat tau. Income tak payah cakap la berkepuk kepuk. 



"Jangan berhenti selagi impian dan matlamat belum tercapai. Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama."
Kata-kata pembakar semangat oleh mentor yana.

No comments:

Post a Comment