Min Cha

Thursday, 15 June 2017

My Family Dan My Life

My Family, My Soul, My Life


Ok yana nak cite tentang keluarga yana pulak haaa yg ni mak tercinta dia yg lahirkan yana pada 10.8.1986 sekarang umur yana baru 31. Dia la idola yana mak yana ni kuat membebel tp of course la bersebab kan yana ade 5 orang adik beradik yana anak ke 3 orang cakap anak ke 3 ni lain sikit bukan lain macam mana tapi pandai berdikari dan manja sikit betul ke? fakta ke auta? hiihihihiihihihihih.

Yana ade 2 org kakak, sorang adik perempuan dan yang bongsu lelaki lau tak disebabkan "BEBEL"lan mak tu kami tak jadi seperti ari ni time kasih mak. Lahir dan besar kan kami 5 beradik tanpa hiraukan penat lelah mak.

Allahu. Menitis air mata masa nak taip ni. MAK tiada pengganti dia la pertama dan yang terakhir lau yana balik rumah mak je kan mesti mak masak lauk ayam masak mera. die tau anak die yang ni memang hantu ayam kihkihkih masak la ape pun janji ade ayam pernah dulu tak ade lauk ayam kan sampai yana tak nak makan nasi. Besok nye mak beli ayam masak kan untuk yana allah mak tak terbalas pengorbanan mak gambar ni baru lagi mak cakap nak kasut raya tanpa buang masa yana terus je siap bawak mak. Kasut raya tak de lagi katanya. Yana tak risau BONUS shom kan ade. Bile-bile mak nak pun boleh tunaikan. Berbuka nak makan pizza katenye terus yana kol pizza. Delivery ke rumah mak yana.

MAK.... Kasih sayang mu tiada banding nya...


ok yg ni pulak abah yana. Abah yana ni baik ensem sporting tapi sekali die marah aiyaaakkkkk semua kene rotan. hukhukhuk. Yana ingat lagi dulu time sekolah kan lau ade dapat result yang tak lulus kan abah rotan kat tapak tangan sakit ooooo 1 subjek tak lulus sekali rotan lau 5 tak lulus 5 kali kene rotan tauuuu  tapi dengan rotan tu la kami semua jadi "Manusia" alhamdulillah semua anak - anak mak dengan abah dah ade kehidupan sendiri boleh berdikari.

Terima Kasih Abah dengan Mak dulu kan time sekolah semua kawan - kawan yana cakap mak yana la yang paling garang tapi sebenar nyeeee tidakkkkk abah laaa yang paling garangggg sekali die jeling adoi menusuk ke kalbu kami 5 beradik masing -masing lari masuk bilik kihkihkih tu dulu la time sekolah hahaha. 

7.7.2017 Jumaat @t Opis ok yana nak inteprem sikit ahli keluarga yana. yang gegurl ni anak sulung yana. Nur'Ain Zulaikha yg boboi tu anak kedua yana yang setakat ni dia la yang bongsu ihhihihi Mohd Firras Luqman.





Raya 2017

Ni la Keluarga kecik Yana... :-)


Yang tudung biru tu kakak yana yang ke 2 yang tudung coklat tu adik yana no 4.. kira bawah yana la yana no 3 dari 5 beradik kakak yang sulung tak ade sebab balik rumah mertua dia.


Haaa Ni Keluarga Kecik Adik Yana


Ni mak lang kami sepupu mak muda lagi kan
hihihihi



Yang lelaki baju biru tu abang ipar Yana. Suami kakak yang no 2 tadi tu.



Haaa yang ni abah yana dengan adik bongsu yana die sorang je lelaki dalam 5 beradik. 

Quality time jalan-jalan lagi.







Anak - anak sedara Yana.






Yang tudung hitam tu my beloved mother.




My baby ibu sayang sangat-sangat kat adik...
(yang baju kuning tu kena buli dengan ibu...kikikikih)



Gambar mak dengan abah kat Mekah. Dia orang berangkat ke sana 2.8.2017 hari tu in shaa ALLAH 22.9.2017 mak abah balik ALLAHU rindu nye.

" Ya allah kau pelihara la ke dua ibu bapa ku... berilah mereka kesihatan yang baik supaya mereka dapat membuat ibadat dengan sempurna.... kau lindungi la mereka dalam apa jua keadaan.... aku bermohon pada mu Ya Allah... Amin.... "

2 comments:

  1. kelebihan premium beautiful corset
    premium beautiful penipu
    premium beautiful corset harga
    premium beautiful corset testimoni
    premium beautiful corset price
    harga premium beautiful corset hai-o
    premium beautiful murah
    harga premium beautiful 2017

    ReplyDelete