Thursday 15 June 2017

My Family Dan My Life

My Family, My Soul, My Life


Ok yana nak cite tentang keluarga yana pulak haaa yg ni mak tercinta dia yg lahirkan yana pada 10.8.1986 sekarang umur yana baru 31. Dia la idola yana mak yana ni kuat membebel tp of course la bersebab kan yana ade 5 orang adik beradik yana anak ke 3 orang cakap anak ke 3 ni lain sikit bukan lain macam mana tapi pandai berdikari dan manja sikit betul ke? fakta ke auta? hiihihihiihihihihih.

Yana ade 2 org kakak, sorang adik perempuan dan yang bongsu lelaki lau tak disebabkan "BEBEL"lan mak tu kami tak jadi seperti ari ni time kasih mak. Lahir dan besar kan kami 5 beradik tanpa hiraukan penat lelah mak.

Allahu. Menitis air mata masa nak taip ni. MAK tiada pengganti dia la pertama dan yang terakhir lau yana balik rumah mak je kan mesti mak masak lauk ayam masak mera. die tau anak die yang ni memang hantu ayam kihkihkih masak la ape pun janji ade ayam pernah dulu tak ade lauk ayam kan sampai yana tak nak makan nasi. Besok nye mak beli ayam masak kan untuk yana allah mak tak terbalas pengorbanan mak gambar ni baru lagi mak cakap nak kasut raya tanpa buang masa yana terus je siap bawak mak. Kasut raya tak de lagi katanya. Yana tak risau BONUS shom kan ade. Bile-bile mak nak pun boleh tunaikan. Berbuka nak makan pizza katenye terus yana kol pizza. Delivery ke rumah mak yana.

MAK.... Kasih sayang mu tiada banding nya...


ok yg ni pulak abah yana. Abah yana ni baik ensem sporting tapi sekali die marah aiyaaakkkkk semua kene rotan. hukhukhuk. Yana ingat lagi dulu time sekolah kan lau ade dapat result yang tak lulus kan abah rotan kat tapak tangan sakit ooooo 1 subjek tak lulus sekali rotan lau 5 tak lulus 5 kali kene rotan tauuuu  tapi dengan rotan tu la kami semua jadi "Manusia" alhamdulillah semua anak - anak mak dengan abah dah ade kehidupan sendiri boleh berdikari.

Terima Kasih Abah dengan Mak dulu kan time sekolah semua kawan - kawan yana cakap mak yana la yang paling garang tapi sebenar nyeeee tidakkkkk abah laaa yang paling garangggg sekali die jeling adoi menusuk ke kalbu kami 5 beradik masing -masing lari masuk bilik kihkihkih tu dulu la time sekolah hahaha. 

7.7.2017 Jumaat @t Opis ok yana nak inteprem sikit ahli keluarga yana. yang gegurl ni anak sulung yana. Nur'Ain Zulaikha yg boboi tu anak kedua yana yang setakat ni dia la yang bongsu ihhihihi Mohd Firras Luqman.





Raya 2017

Ni la Keluarga kecik Yana... :-)


Yang tudung biru tu kakak yana yang ke 2 yang tudung coklat tu adik yana no 4.. kira bawah yana la yana no 3 dari 5 beradik kakak yang sulung tak ade sebab balik rumah mertua dia.


Haaa Ni Keluarga Kecik Adik Yana


Ni mak lang kami sepupu mak muda lagi kan
hihihihi



Yang lelaki baju biru tu abang ipar Yana. Suami kakak yang no 2 tadi tu.



Haaa yang ni abah yana dengan adik bongsu yana die sorang je lelaki dalam 5 beradik. 

Quality time jalan-jalan lagi.







Anak - anak sedara Yana.






Yang tudung hitam tu my beloved mother.




My baby ibu sayang sangat-sangat kat adik...
(yang baju kuning tu kena buli dengan ibu...kikikikih)



Gambar mak dengan abah kat Mekah. Dia orang berangkat ke sana 2.8.2017 hari tu in shaa ALLAH 22.9.2017 mak abah balik ALLAHU rindu nye.

" Ya allah kau pelihara la ke dua ibu bapa ku... berilah mereka kesihatan yang baik supaya mereka dapat membuat ibadat dengan sempurna.... kau lindungi la mereka dalam apa jua keadaan.... aku bermohon pada mu Ya Allah... Amin.... "
======================================================================


Percutian Bersama Keluarga Tersayang Di Pulau Langkawi Pada 19 Hingga 21 November 2019



Sebenarnya yana dah lama ajak mak pergi bercuti memandangkan dah lama mak ajak berjalan. jadi kami decide pergi ke Langkawi pada tarikh tersebut dan kebetulan harga tiket airasia agak murah berbanding harga pada bulan disember. Beza harga dalam seribu juga. Tarikh tu pun dah minggu terakhir hari persekolahan. So tak ada masalah la nak bawa anak anak yana berjalan, Tercapai la niat di hati nak bawa anak merasa naik kapal terbang walaupun dalam jarak yang dekat. Perjalanan ke Pulau Langkawi dalam 45 Minit je. Jadi la kan bagi anak anak merasa. 

Dan kebetulan juga 19.11.2019 tu adalah hari anugerah cemerlang sekolah kakak. Anak pertama yana. Kami tak sangka juga kakak dapat no 3 dalam kelas. Kakak memang excited nak naik stage berkobar kobar kakak bagitahu ayah dan tunjuk surat jemputan ke majlis tu. Tapi sayangnya tarikh tu dan waktu tu kami dah kena ada dekat airport. Flight kami pukul 12.10 tengahari. Nampak la kakak kecewa sikit tapi tak apa la tak ada rezeki kakak nak naik stage ambil anugerah. 

Hati kakak terubat sikit la ibu dah tunaikan hajat kakak kakak teringin nak naik flight. Untuk percubaan pertama kami decide pergi yang dekat dulu la. Punya excited kakak masa flight bergerak. Teruja sungguh. Ye la pertama kali kan. Kami sampai di airport langkawi dalam pukul 2 petang, Airport langkawi agak mudah juga la sebab dekat sana ada sediakan kereta sewa. Jadi senangla kan. Tak payah kita susah nak cari kereta sewa dekat tempat lain kan. dah dapat kereta sewa kami bergerak ke tempat penginapan kami di De Baron Resort.


Dalam Flight untuk ke Langkawi





Kami baru sampai di airport langkawi






Tengah tunggu lagaged




Dah sampai di De Baron Resort Langkawi









Dah cek in kami rehat kejap. Lepas Asar kami kuar jalan jalan tapi naik kereta je sebab hujan lebat sampai ke malam.

Hari Kedua kami ke Dataran Helang. Tempat wajib pergi kalau dah sampai di langkawi. Masa kami sampai di dataran tu ramai jugak pelancong ambil gambar dekat situ. Bergilir gilir nak ambil gambar dekat situ.





Ini la kekasih dunia akhirat yana. Tanpa dia yana tak la sebesar ini kihkih. Ni abah yana. 

Lepas berselfie dekat dataran helang kami ke Langkawi Wildlife Park. Dekat situ banyak la haiwan haiwan siap boleh bagi makan sekali.Kakak dengan adik excited sangat boleh bagi makan macam macam haiwan. Burung la arnab. Ibu tak berani sangat huhuuhu.









mak geli burung kat tangan dia kihkih






Dalam Wildlife Park tu ada kedai jual aksesori macam gelang subang semua berasaskan kristal dan mutiara. Cantik cantik. 

Malam kami jalan jalan di Pantai Cenang. Dekat situ banyak kedai baju beg tapi kebanyakkan nya jual barang barang yang sama. 


Saja mencantikan tangan dengan inai ukir. Inai ni boleh tahan dalam seminggu. 

Petang hari kedua tu lepas asar kami pergi ke Pantai Cenang. Saja lepak lepak kat tepi pantai.

Rugi tak bawa baju kalau tak boleh mandi. Ni kami bagi air laut je la lalu kat kaki, Tak teringat langsung nak bawa baju. huhu



Kami dekat sini pun tak lama sebab hari dah gelap nak hujan. Lepas balik resort kami berkemas kemas besok nya kami dah nak balik.


Dah dalam flight nak balik putrajaya.